Direka
oleh seorang suri rumah bernama Pico, beg tangan persis kucing sebenar berkenaan
ternyata menjadi ‘kegilaan’ golongan pencinta mamalia comel tersebut di serata
negara matahari terbit itu.
Menariknya,
beg ini adalah 100 peratus buatan tangan dan dihiasi dengan bulu sintetik yang
disembur cat untuk memberi efek lebih alami kepada ‘kucing-kucing’ ini.
Hasil
kerja seni Pico ini meraihkan beliau lebih 2,200 pengikut menerusi laman
Twitter, yang rata-ratanya sanggup mengeluarkan perbelanjaan sebanyak AS$950
(RM3,985.20) bagi mendapatkan tas tangan unik ini.
Setiap
rekaan beraneka warna ini dibentukkan mengikut kucing jenis ‘British
shorthair’ yang lazim berbulu pendek dan bertubuh gebu.
Tetapi,
kita hanya boleh berangan sahaja untuk memilikinya. Meskipun tas tangannya amat
popular, namun Pico menyatakan bahawa ianya hanya akan dijual di sekitar Jepun
sahaja.
Tidak
mengapalah. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah yang pasti akan membuatkan
pencinta kucing geram dan tidak keruan! – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "TREND BEG TANGAN SERUPA KUCING SEBENAR POPULAR DI JEPUN"
Post a Comment