Kisah Maria Farida Rampas Suami Kawan Baik Memang PANAS!


Memang pada awalnya kisah Maria Farida cuba merampas bekas suami teman baiknya sendiri yang juga seorang pengasas KR Beauty Care iaitu Karen Rahman tidak diambil peduli oleh umum.

Namun setelah episod kisah ini semakin berpanjangan dan satu per satu pendedahan dibongkarkan, akhirnya rancangan Melodi TV3 cuba mendapatkan penjelasan isu ini.

Terkejut juga dengan jawapan Maria Farida yang mengaku dirinya sememangnya menjalinkan hubungan dengan bekas suami Karen Rahman. Bagaimanapun menafikan mejadi perampas serta perosak rumah tangga teman baiknya itu sendiri. Apabila ditanya mengapa membiarkan sahaja diri dituduh merampas suami Karen kerana duit dan gilakan harta, ini jawapannya:-

“Kerana saya tahu ia tak benar. Saya bekerja dah 25 tahun. Saya boleh survive. Saya boleh besarkan anak dengan duit hasil penggambaran sahaja. Jika saya nak kaya-raya, dah lama saya kahwin. Saya mencari seseorang yang boleh betul-betul sayang saya kerana diri saya yang sebenar.

“Saya dah terfikir bahawa orang ramai akan menyalahkan saya. Mereka bercerai, saya tiada kena-mengena. Saya tidak rampas suami sesiapa. Orang yang tuduh saya itu sudah dua kali cerai. Dia saja nak burukkan nama saya.

“Dia mendakwa saya yang mengganggu dan hancurkan rumahtangganya. Itu tidak benar. Dia kata saya berhubung dengan suaminya. Sudah tentu saya berhubung dengan mereka berdua kerana kami memang rapat sejak dua tahun lepas termasuk dengan anak-anaknya. Suaminya ialah majikan saya (Maria ialah bekas duta produk keluaran Karen Rahman dan bekas suaminya)” jelas Maria.

Kisah Maria Farida Rampas Suami Kawan Baik Memang PANAS!

Maria Farida dan Karen Rahman.

Malah Maria Farida turut menafikan dakwaan dirinya sengaja mengatur langkah untuk bertemu dengan bekas suami Karen:-

“Saya berhubung dengan dia dan suaminya ialah kerana dia sendiri menyuruh saya hubungi dia tentang pengesahan kontrak. Saya keluar masuk ke rumahnya kerana dia yang menjemput. Sebagai duta, saya kena dengar cakapnya.

“Saya berhenti menjadi duta produk itu pada Ramadan lepas kerana dia berhenti membayar untuk perkhidmatan saya dengan alasan hasil jualan tidak memberangsangkan, padahal sebenarnya jualan meningkat. Dan saya tidak saman dia, tidak ambil apa-apa tindakan.

“Semasa saya keluar dari syarikat itu mereka memang sudah bermasalah dan bergaduh. Saya tinggalkan mereka dan saya tak tahu apa-apa. Kalau dia teraniaya kenapa keempat-empat suami ceraikan dia? Saya lagi yang jahat kah?

“Dia yang hentam saya di Facebook dan Instagram, telefon saya setiap hari, mesej, maki hamun semua, ugut saya melalui anak-anak, sampai nak simbah asid ke muka saya, nak upah orang tembak saya, langgar saya dengan kereta. Dan baru baru ini kereta saya kena simbah dengan cat merah. Saya dah beberapa kali membuat laporan polis. Tetapi, saya masih tak mengambil apa-apa tindakan kerana saya tak mahu perkara ini berlarutan,” ceritanya.

Apa yang lebih menghangatkan lagi isu ini apabila anak kandung Karen sendiri, Anis menceritakan segala-galanya dan memberitahu enggan ibu bapa mereka kembali bersatu sebaliknya lebih rela Maria Farida meggantikan tempat ibunya.

“Kak Maria tidak pernah suruh atau hasut Anis untuk buat apa-apa kenyataan sebagai anak yang dia tak pernah peduli. Dia lahirkan Anis dan tinggalkan Anis kepada keluarga nenek sebelah Papa. Dia kembali semasa Anis berumur 21 tahun. Memang dia jaga (Anis) elok-elok untuk kawan-kawan dia tengok. Tapi jika rumah dia maki hamun sampai dia paksa Anis kahwin dengan pilihannya sendiri.

“Setelah dua bulan, Anis mengandung dan bekas suami Anis tidak serasi dengan mak Anis kerana mak mengajak Anis keluar untuk berseronok di kelab malam. Bekas suami Anis dihalau dari rumah dan Anis diberi dua pilihan. Gugurkan anak dan kembali pada emak atau ikut suami. Tetapi Anis memilih suami Anis. Setelah ada Danish (anak Anis), Anis balik berjumpa emak kerana rindu.

“Semasa Anis dalam pantang, Anis dengar dia (emak) kena tangkap basah. Papa beri dia peluang untuk berubah. Setelah dua tahun, dia kembali keluar malam, masih berhubung dengan lelaki yang ditangkap basah dengannya. Tahun lepas dia paksa Anis bekerja yang tak elok, melayan ******. Itu emak ke? Papa dan emak bukan tak mampu jaga Anis.

“Anis tidak buat seperti permintaannya, tetapi Anis dihalau dari rumah. Kemudian pembantu rumahnya lari, baru Anis dipanggil balik ke rumah kerana tiada siapa yang hendak menjaga adik-adik. Habis bekerja, Anis terpaksa bergegas balik rumah untuk memasak buat adik-adik. Mereka telefon saya di pejabat beritahu mereka lapar dan tiada apa untuk dimakan. Papa kata mengapa adik tidak tanya pada emak, mereka jawab emak ada dalam bilik tak henti-henti bermain telefon.

“Nenek telefon Anis beritahu tentang betapa teruknya dia layan emak dia sendiri. Nenek yang tak sihat tu kena **** dekat rumah, nenek sendiri mengaku dia dah habiskan beribu untuk ****kan Papa, tetapi nak bagi nenek dua ratus untuk beli ubat tiada duit.

Rumit sangat keadaan mereka dan seperti sebuah drama pula namun hakikat sebenarnya ia adalah kenyataan yang realiti berlaku di kalangan artis tanah air kita sendiri. Apa yang menyedihkan anak-anak sendiri enggan untuk menerima kembali ibunya sepertimana yang berlaku kepada Karen Rahman. Anak-anaknya lebih memilih untuk bersama Maria Farida daripada ibunya sendiri.

“Papa tak gembira bersama emak Anis. Mummy layan Papa teruk, tak jaga makan minum Papa, tak hormat Papa. Anis tak salahkan kak Maria kalau kak Maria boleh jaga Papa. Kak Maria bukan perampas”.

Apa pula agaknya respon Karen Rahman dengan kenyataan ini yang jelas menunjukkan semua yang terjadi adalah salah dirinya sendiri.

SUMBER GOSIPMALAYSIA

Related Posts :

0 Response to "Kisah Maria Farida Rampas Suami Kawan Baik Memang PANAS!"

Post a Comment