Shukri Yahaya ‘Dihentam’ Gara-Gara Foto Pre-Wedding


Sekali pandang foto-foto pre-wedding pelakon kacak Shukri Yahaya dan Tya Adnan ni, dapat kami bayangkan perasaan teruja mereka untuk menempuhi alam perkahwinan.

Kalau korang nak tahu, pasangan secocok yang bakal mendirikan rumah tangga pada 20 November ini, tampil ringkas dan ranggi dalam merakamkan detik manis sebelum diijabkabulkan nanti.

Bagaimanapun, tindakan pelakon ini mengambil foto-foto pra perkahwinan telah mendapat reaksi negatif peminat industri hiburan tanah air.

Melalui laman sosial blog hiburan terkenal, Shukri Yahaya dikatakan terlalu mengikut budaya barat sedangkan menurut Islam, tiada istilah pra perkahwinan. Hmm..

kmen
Pada kami, perkara sebegini tak perlulah diberi komen-komen yang negatif. Doakanlah yang baik-baik sahaja. Iyalah, setiap orang penerimaannya berbeza. Tak gitu?

Apapun, jom kita tengok sikit foto-foto cantik manis pasangan ini. Semoga majlis pernikahan nanti dipermudahkan ya!


SUMBER paparazzi.my

Related Posts :

0 Response to "Shukri Yahaya ‘Dihentam’ Gara-Gara Foto Pre-Wedding"

Post a Comment