Kenapa
Jururawat Gemuk (Obes)... satu refleksi!
Perhatikan
selepas beberapa tahun di alam pekerjaan baik male nurse (PJK) atau cik misi,
akan berlaku perubahan fizikal yang mendadak. Hubungkait ini lebih menjadi
apabila jururawat sudah berkahwin dan mempunyai anak. Relatifnya, skop kerja
jururawat sangatlah mencabar. Masa graduate, semua comel-comel dan gagah
jer!
Beberapa
persoalan yang perlu dijawab, jururawat tak sibuk kah? Atau stress menyebabkan
mereka makan banyak?
(Gambar
hiasan) "Masa graduate, semua comel-comel dan gagah jer," - Ayah Dean
Sebenarnya
kerja jururawat sangatlah berat melibatkan aktiviti fizikal terutama mereka yang
bekerja di hospital kerajaan dengan kapasiti katil 500 katil dan ke atas. Angkat
pt, lari sana, lari sini.
Sebagai
contoh jururawat yang berkerja di Jabatan Kecemasan yang menerima 300 hingga 400
ratus pesakit sehari. Pergerakkan fizikal banyak dilakukan! Hampir setiap hari
ada jer CPR. Aktiviti ini sangat aktif. Tapi kenapa ia tidak berfungsi seperti
senaman harian? Kenapa kurang peluh dihasilkan? Perhatikan jika ada peluh didahi
baru otak register!
Dalam
satu kajian kegemukan dikalangan jururawat mendapati jururawat tidak register
dalam otak yang dia melakukan aktiviti kerja harian sebagai senaman sebaliknya
hanya rutin harian. Waktu makan dan minum sudah diset setiap shif yang dia
bekerja. Sebab itu jika dilihat paten, jururawat sudah biasa makan dan minum
pada waktu yang sama tidak kiralah dia shif pagi, petang atau malam.
Oleh
yang demkian, rangsangan hormon dan metabolisma tidak berubah kerana kurangnya
excitability otak dalam membantu jururawat yang berkerja. Begitu juga kita lihat
dengan pakar bedah. Kenapa dia boleh berdiri 10 jam untuk pembedahan major ?
Kenapa tak penat? Sebab semua telah diset di otak yang itu adalah rutin.
So,
kajian juga menunjukkan kadar minima untuk mendapat benefit seperti senaman,
pertamanya mesti register masa melakukan aktiviti sebagai senaman. Why? Kita
lihat semasa kita hanya berjalan kaki sahaja pusing tasik jaya kita sudah keluar
peluh jantan. Walhal kita jalan jer. Sebab apa? register, register, register
yang kita nak senaman! Itupun dilakukan masa kita cuti.
Jangan
set waktu makan sebab kadang-kadang makanan dan apa yang kita makan di awal pagi
atau sebelum itu pun belum hadam sepenuhnya. Tetapi sudah diset dalam otak yang
kita perlu makan termasuk tempat yang nak kita makan. Sebab itu perut suka
nyanyi lagu keroncong walaupun belum tiba waktunnya. Biasalah yang senior selalu
rehat dulu, follow by junior dan begitulah kitaran. 9 tahun di klinikal, inilah
saya perhatikan.
P/S:
So jururawat yang dikasihi, ubah dan set rutin setiap hari. Bukan set sepanjang
hayat. Insyallah!
Gambar:
Tiap2 tahun nurses day potong kek juga!
0 Response to "LELAKI INI RUNGKAI KENAPA JURURAWAT GEMUK!!"
Post a Comment