Hari ini kita digemparkan
dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan sepasang pasangan pengantin
yang baru diijabkabulkan bersama keluarga.
Dalam kemalangan tersebut,
pengantin lelaki, Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, telah terkorban dalam nahas
tersebut manakala pengantin perempuan, Noraliza, 18, cedera parah, kemalangan
itu juga telah mengorbankan ibu pengantin Noraliza, Rozila Jusoh, 42, dan dua
adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, 2, yang berasal dari
Chetok, Pasir Mas, Kelantan.
Kejadian ini telah menjadi
bualan mulut ramai dan ditangisi ramai orang, tetapi disebalik tragedi ini ada
berita yang tidak enak didengar apabila menjadi viral sejak semalam satu berita
kononnya pengantin perempuan telah meninggal dunia.



Berita ini telah dikongsikan
oleh ramai pengguna Facebook dan juga pengguna aplikasi Whattaps.
Kerana penyebaran berita
berkenaan yang ternyata mungkin membuatkan keluarga mangsa terguris dilihat
semakin meluas, kakak ipar kepada pengantin perempuan telah menafikan berita
berkenaan.
Kakak ipar mangsa, Puan
Noraizan Bte Awang berkata berita tentang kematian adik iparnya itu adalah tidak
benar sama sekali kerana Noraliza kini masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU)
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Beliau memberitahu keluarga
nyata kecewa dengan penyebaran berita palsu berkenaan kerana mereka kini tengah
bersedih dengan kehilangan pengantin lelaki dan adik iparnya pula kini masih
kritikal di hospital.
"Saya harap sangat kepada
sesiapa yang memuatnaik status palsu itu supaya memadamnya kerana berita itu
tidak betul."
"Suami saya kini berada di
HSNZ menunggu adik perempuan kami kerana dia telah dimasukkan nama sebagai waris
kepada adik," katanya yang keletihan semasa dihubungiSiakapkeli.
Beliau meminta kepada semua
diluar sana supaya mendoakan adik iparnya itu selamat dan cepat sembuh seperti
sediakala.

Penafian juga turut dimuatnaik
kelaman Facebok Puan Norizan
Selain itu, kami turut
menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di mana pegawai penyiasat dari balai
berkenaan menafikan kesahihan berita palsu tersebut. - Siakapkeli.my
0 Response to ""SAYA HARAP SESIAPA MEMUATNAIK STATUS PALSU ITU SUPAYA MEMADAMNYA""
Post a Comment