
Hartawan Russia yang juga pemilik kelab bola
sepak Perancis, Dmitry Rybolovlev, mencapai persetujuan dengan bekas isterinya,
Elena untuk menyelesaikan perceraian mereka yang disifatkan termahal dalam
sejarah.
Pada Mei 2014, mahkamah Switzerland memberi
lebih empat bilion franc Switzerland (RM18 bilion) kepada Elena Rybolovlev,
bersamaan nilai separuh harta bekas suaminya, dalam perceraian mereka yang
ketika itu dilabel 'perceraian paling mahal abad ini'.
Pasangan itu, dalam satu kenyataan bersama
kelmarin berkata mereka mencapai persetujuan mengenai syarat perceraian, dalam
langkah yang disifatkan 'meletakkan noktah terhadap semua prosedur perundangan
yang dilancarkan dalam bidang kuasa berasingan.' Kenyataan bagaimanapun tidak
menyebut jumlah yang dipersetujui.
Perjanjian itu dibuat selepas mahkamah rayuan
Geneva pada Jun lalu membatalkan arahan tahun 2014, menurunkan bayaran yang
diminta daripada pemilik kelab bola sepak AS Monaco itu kepada 564 juta franc
Switzerland (RM2.5 bilion) selain dua bangunan hartanah.
Antara punca perbalahan adalah kekayaan
Rybolovlev, ketika beliau memindahkan saham pada tahun 2005 kepada sebuah dana
dan kemudian menjualnya tiga tahun kemudian dengan keuntungan besar. Pasangan
itu berkahwin di Cyprus dan tinggal bersama selama 23 tahun, namun berbalah
berhubung syarat perceraian sejak tahun 2008.
0 Response to "RM18 Billion...Rekod Perceraian Termahal Abad Ini"
Post a Comment