
1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah
di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.
2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan
perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu
cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke
langit.
3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia
terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa.
Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa
kedudukannya di sisi Allah.
4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di
atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi
kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.
5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin
mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki
itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan
keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
7. Anihnya isteri simati terkejut dan
kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya
seorang petani biasa saja.
8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli
ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru
al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah
mendengar suaminya membaca Quran.
9. Akhirmya lelaki itu bertanya apakah
perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan
sehari-harinya.
10. Akhirnya isteri simati teringat suatu
perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada
setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik
lalu diambilnya al-Qur’an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh
kecintaan dan kasih sayang.
11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur’an itu
sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta
al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya,
seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.
12. Tambah isteri simati lagi, ia pernah
mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu
dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak
mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas
kebodohanku ini ya Allah.”
“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku
tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku
tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat
mencintaimu.“
“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa
aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.
13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah
yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek
berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering
menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
14. Pastinya lelaki ini sangat mulia
peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi
kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan
seluruh jiwa dan raganya.
15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam
masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan
masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.
0 Response to "Kubur Bercahaya Hanya Kerana Peluk Al-Quran"
Post a Comment