
China - Seorang wanita di
Chengdu, China menerima nasib malang apabila aksinya berkaraoke di dalam kereta
di rakam oleh pengguna jalan raya yang lain.
Di dalam video tersebut,
wanita terbabit pada awalnya tidak mengetahui aksinya dirakam. Namun, setelah
beberapa saat rakaman bermula, dia menyedari ada kamera yang sedang mengintipnya
menyanyi seolah-olah sedang berada di dalam KTV.
Wanita tersebut dilihat
menggunakan mikrofon berwarna emas untuk berkaraoke di dalam
keretanya.
Walaupun sedar aksinya
dirakam, wanita terbabit masih lagi meneruskan usahanya untuk menghabiskan lagu
yang dinyanyikan biarpun ketika itu keadaan jalan agak sibuk.
Di akhir video tersebut,
wanita itu dilihat memecut laju bersama dengan mikrofon emasnya dan apa yang
lebih mengujakan, dia berjaya mengawal pacuannya walaupun mikrofon masih lagi
ditangan.
Video tersebut kemudian
disebar dan menjadi viral di laman web Weibo sehinggakan ia mendapat perhatian
dari polis trafik.
Menurut Chengdu Eveing News,
polis trafik kemudian menjejak wanita terbabit dan mengeluarkan saman sebanyak
200 yuan (RM133) dan juga menambah 2 mata demerit ke atas lesen wanita tersebut.
Sekiranya dia mengulangi kesalahan yang sama; memandu sambil menyanyi
menggunakan mikrofon; sebanyak enam kali, lesen memandunya akan dibatalkan dan
dia perlu membuat lesen baharu untuk memandu di jalan raya.
-
Siakapkeli.my
0 Response to "(Video) Padah Berkaraoke Dalam Kereta"
Post a Comment