Kota Kinabalu – Seorang pengguna jalan raya yang
awalnya disaman atas kesalahan trafik terpaksa berdepan satu lagi kesalahan
disebabkan memaki dan mengaibkan anggota polis.
Jeffrey Sia Kee, 33, yang tidak berpuas hati
disaman kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu telah
bertindak menulis perkataan lucah ‘puk*m**’ di bahagian nama penerima
saman.
Tindakannya biadab yang bermaksud menghina dan
mengaibkan anggota polis yang bertugas itu memaksa polis mengambil tindakan
susulan dengan menahannya.
Insiden memalukan itu berlaku di Jalan Kota
Kinabalu, Sabah jam 10.40 pagi kelmarin.
Untuk rekod, insiden serupa pernah berlaku pada
pertengahan tahun lalu di Pulau Pinang apabila seorang tukang batu nisan, Lim
Pei Jye, turut menulis perkataan lucah sedemikian atas surat saman yang
diterimanya.
Lim kemudiannya didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun
Keseksaan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret yang menjatuhkan hukuman
penjara seminggu serta saman RM5,000 atas kesalahan tersebut. –
SuaraTV
0 Response to "LELAKI KENA SAMAN, MAKI POLIS 'PUK*M*K'"
Post a Comment