Kuala Lumpur – Salah seorang penyokong Tun Dr
Mahathir Mohamad menyifatkan mantan perdana menteri itu sebagai Imam
Mahadi.
Asyraf Isma menerusi akaun laman sosial Facebooknya
berkata nama Mahathir apabila disebut secara slang mat saleh akan berbunyi
‘Mahadi’.
“Mahathir!!! Bila disebut berulangkali bunyinya
seolah-olah ‘Mahadi’….atau slangga (slang) yang diungkap golongan
barat
“Tak percaya? Cuba tengok berita sebutan mat salleh
dalam youtube…apakah ini sebuah kebetulan???,” tulisnya.
Asyraf melalui status yang dimuat naik itu turut
menyifatkan mantan perdana menteri itu sebagai pemimpin (imam) bagi keseluruhan
umat Islam kerana berjaya menyebabkan regim Yahudi takut dengan kenyataan
beliau.
“Ingat beliau adalah pemimpin (imam) atau dalam
bahasa arabnya khalifah.
“Banyak sumbangan dan jasanya kepada dunia Islam.
Sehinggakan yahudi amat takut dengan ungkapan dan ucapannya,” katanya
lagi.
Sementara itu, seorang dari pengguna facebook yang
bernama Dura Zaman turut menyokong pandangan tersebut berdasarkan sumbangan
beliau terhadap dunia Islam.
Menurut Dura sekiranya Mahathir bukan imam Mahadi
yang disebut di dalam al-Quran, beliau mungkin merupakan pembantu kepada imam
besar bagi masyarakat Islam.
“Imam Mahadi akan menyebarkan keamanan ke seluruh
dunia nanti. Tun Dr Mahathir sudah lama menubuhkan Perdana Global Peace
Foundation,”katanya.
Status yang dimuat naik sejak malam semalam
menerima 15 like dan 3 komen.
0 Response to "PENYOKONG ANGGAP TUN MAHATHIR SEBAGAI IMAM MAHADI"
Post a Comment