Lebih panas dan sensasi, lelaki yang dikaitkan
dengan bintang filem Datin Ghairah itu merupakan suami kepada
kawan baiknya yang dikenali dengan nama Datin K.
Tampil menjawab segala kontroversi, Maria berkata,
semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar dan mengarut.
“Saya hairan bagaimana orang ramai boleh cepat
percaya pada gosip mengarut itu.
“Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya
itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu
(K) tidak lagi bergelar Datin.
“Kalau tak percaya, boleh tanya sendiri pada bekas
suami dan anak-anaknya. Saya luahkan semua ini kepada Mangga
Online kerana saya dah tak tahan kena hentam, dikritik dan diburukkan
macam-macam cerita yang saya tidak buat.
“Masalah ini timbul apabila saya tarik diri
daripada terus menjadi duta produk kecantikan wanita itu (K). Sejak Ramadan lalu
saya sudah tarik diri dan tidak mahu terlibat lagi.
“Puncanya kerana dia melanggar kontrak perjanjian
iaitu perlu membayar saya sebanyak sepuluh peratus hasil produk. Tak sampai
setahun pun saya jadi duta tetapi saya tidak dibayar mengikut syarat dan terma
kontrak.
“Kalau ikutkan memang saya boleh ambil tindakan
sebab dia dah langgar syarat kontrak tetapi saya diamkan sahaja memandangkan dia
pernah menjadi kawan baik saya selama dua tahun.
“Mungkin sejak itulah dia marah dan masa itu pula
rumah tangganya sudah berantakan. Saya dapat tahu dia dan suami bercerai selepas
Hari Raya baru ini.
“Jadi, apakah kaitan saya dituduh hancurkan rumah
tangga dia? Saya dah keluar daripada menjadi duta syarikatnya sejak Ramadan
lagi.
“Jadi, janganlah buat tuduhan macam-macam
dan memburukkan-burukkan nama serta reputasi saya,” tegas Maria
kepada Mangga Online.
Bagaimanapun, pelakon berusia 40-an ini mengaku
rapat dengan bekas suami dan anak-anak kawan baiknya itu hanya selepas mereka
bercerai.
Demi menjaga keselamatannya, Maria juga mendedahkan
dia kini terpaksa melantik bodyguard dan telah membuat laporan polis di
samping sedang berurusan dengan pihak peguam untuk tindakan selanjutnya. –
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "MARIA FARIDA PERJELAS TUDUHAN RAMPAS SUAMI KAWAN BAIK"
Post a Comment