Satu kisah tentang jaulan pau yang amat murah telah
menjadi viral di laman sosial facebook baru-baru ini.
Seorang gadis dengan nama Engku Sofea berkongsi
kisah penjual pau di Tangkak Johor yang menjual pau dengan harga mampu milik
teramat murah.
Harganya RM0.50 sahaja untuk pau kacang, pau kelapa
dan pau cokelat.
RM 0.80 untuk ayam dan daging.
Ini perkongsian Engku Sofea:
Minta tolong viralkan .. Pakcik ni jual pau terlalu
murah pastu besar pulak tu . Sebiji pon dh kenyng . Nak tahu berapa sebiji ?
Just rm0.50 sahaja .
Jum pakat2 beli . Kita membeli sama mcm kita
bersedekah area Tangkak, Ledang .
Pau kaya, pau kacang,pau kelapa , pau choc rm0.50
.. Pau Ayam n pau daging rm0.80
Location : Kampung padang lerek,
Tangkak , ledang, Johor.
Dari update terkini, dikatakan pau itu terjual
sebanyak 200 dalam masa satu jam lebih sahaja sahaja. Tahniah pak cik. Semoga
murah rezeki.
Lepas kisah ini viral orang ramai mula membanjiri
gerai pau pak cik ni.
0 Response to "PAU RM0.50 SEN LARIS SEKELIP MATA"
Post a Comment