
KUALA
LUMPUR - Susulan kes seorang pelanggan yang mendakwa dia dan rakannya dikasari
oleh seorang jurujual telefon di Plaza Low Yat baru-baru ini, pihak Plaza Low
Yat telah mengeluarkan kenyataan medianya.
Pihak
Pengurusan Plaza Low Yat berkata mereka mengambil maklum mengenai insiden itu
dan telah menjalankan siasatan berdasarkan kes yang telah viral di media sosial
pada minggu lalu.
"Insiden
itu telah tersebar di media sosial dan mengundang persepsi yang negatif terhadap
kakitangan kiosk terbabit. Menurut majikannya, kakitangan itu telah digantung
oleh bagi membolehkan siasatan dijalankan," kata kenyataan itu.
Dalam
kenyataan itu juga pihak Pengurusan Plaza Low Yat menegaskan bahawa perkhidmatan
yang diberikan kepada pelanggan sentiasa menjadi keutamaan pada Plaza Low
Yat.
Pihaknya
juga memandang serius dan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap penyewa,
pemilik kedai tetap, kakitangan separuh masa dan kontrak jika mereka didapati
berkelakuan tidak profesional terhadap pelanggan semasa beroperasi di bangunan
itu. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "PEKERJA KIOSK LOW YAT BIADAB DIGANTUNG KERJA"
Post a Comment