Tidak
dapat dinafikan vape kini semakin popular dalam kalangan masyarakat hari ini
tidak kira golongan. Namun apa yang menyedihkan, pengambilan vape ini juga
diambil oleh sesetengah golongan wanita.
Ekoran
itu ramai yang cuba mempertikaikan isu ini. Malah rata-rata pengambilan vape
dalam kalangan wanita ini mendapat kecaman hebat dari netizen.
Ramai
penghisap rokok tegar sudah beralih arah kepada rokok elektronik, Vape
termasuklah kebanyakan artis lelaki di Malaysia ni.
Tapi
bila artis wanita termasuk bukan artis sekalipun, pasti ramai yang pandang
serong pada kaum ini yang menghisap rokok apatah lagi Vape.
Terbaru,
bekas bintang Akademi Fantasia yang sedang aktif berlakon sekarang iaitu Noni
AF5 dikatakan menghisap Vape apabila dia ada memuat naik fotonya di Instagram
sambil memegang vape dan terdapat sekeping foto lagi dia memegang refill atau
flavour Vape.
Namun
tindakan Noni itu mendapat kecaman apatah lagi dia seorang public figure apabila
pengikutnya di Instagram memberitahu tidak manis jika wanita menghisap Vape dan
memintanya berhenti daripada menggunakan alat itu.
Beriku
antara komen-komen negatif peminatnya di laman sosial berkenaan:
“Perempuan x manis nk vape on”“Jangan ahh”“aku tengok google …semua ckp perempuan haram isap vape”“Tak payah la nak hisap vape ke ape..xde faedah buang duit..dlm surat kabar ada keluar kata haram hisap vape. “
Pada
pendapat Ida Melly sendiri, walaupun vape itu tidak dinyatakan status haramnya
dan itu hak masing-masing namun sebagai seorang wanita adalah tidak elok
sekiranya mengambil vape!
0 Response to "PANAS! PUNCA NONI AF5 DIHENTAM PEMINAT"
Post a Comment