Sebelum
ni pelakon comel Nora Danish seringkali berdolak-dalih tentang hubungan cintanya
bersama Nedim Nazri. Walaupun mereka seringkali dilihat bercuti bersama-sama dan
rapat namun Nora Danish mahupun Nedim Nazri tetap mengatakan bahawa mereka
hanyalah Teman tapi Mesra! Paling mengejutkan baru-baru ni, gosip mengenai Nora dan Nedim Nazri Putus Cinta tersebar meluas dalam media
sosial.
Walaupun
tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca perpisahan mereka namun Nora
Danish mengakui mereka masih lagi berkawan. Ermmmm. Menerusi portal hiburan
popular, Nora Danish tampil membuat pengakuan yang mengejutkan dan dia
tidak mahu menyembunyikan sesuatu mengenai status hubungan mereka. Jelas Nora
Danish, hubungannya bersama Nedim Nazri adalah sesuatu yang sangat rumit namun
dalam masa yang sama menyatakan mereka mungkin akan berkahwin. Nampaknya cinta
mereka masih kuat kan?
“Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan”“Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin,” jelasnya kepada mStar Online.
Nora
turut mengakui gambar mereka bersama ketika di Bali adalah kerana mereka
menghadiri majlis hari teman mereka.
“Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim. Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah,” jelasnya.
Terang
lagi bersuluh masih juga nak cover.Urmmm, Tak apalah, janji Nora bahagia bersama
Nedim. Diharapkan hubungan yang terbina ini akan sampai ke jinjang
pelamin.
0 Response to "PANAS!! NORA DANISH DEDAH BAKAL BERKAHWIN DENGAN NEDIM"
Post a Comment