Akhirnya
gosip “Tuduhan
Maria Farida Rampas Suami Orang Terbongkar!” terjawab jua apabila pelakon
tersebut, Maria Farida tampil untuk membela diri. Maria Farida dengan tegas
menafikan tuduhan menjadi perampas suami lantas menjadi punca perpecahan sebuah
rumah tangga.
“Semua tuduhan dan gosip yang keluar di laman sosial itu adalah cerita mengarut. Saya hairan bagaimana orang ramai boleh cepat percaya pada gosip mengarut itu. Wanita yang dimaksudkan sebagai kawan baik saya itu sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya sejak Ogos lalu. Dan wanita itu (K) tidak lagi bergelar Datin.“Saya sebenarnya yang teraniaya. Sekarang, apabila saya rapat dengan bekas suami dan anak-anaknya, saya pula yang diburuk-burukkan. Saya hanya rapat dengan bekas suaminya selepas mereka bercerai. Untuk menjaga keselamatan, sekarang saya pasang bodyguard,” jelasnya.
Sehingga
kini, Maria Farida telah pun membuat laporan polis dan berurusan dengan
peguamnya untuk tindakan selanjutnya.
0 Response to "PENGAKUAN SEBENAR MARIA FARIDAH "TUDUHAN JADI PERAMPAS""
Post a Comment