Siapa yang tidak mahu
berbulan madu di tempat impian? Apatah lagi di tempat-tempat terindah dan
termahal di dunia seperti yang berikut.
Dari laporan Businessinsider.com,
lima tempat di beberapa buah negara ini merupakan idaman kebanyakan pasangan
sebagai tempat berbulan madu kerana menawarkan panorama yang mengasyikkan serta
lengkap dengan fasiliti mewah.
1.
Maldives

Di negara ini, percutian
bulan madu anda akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan dan sangat
sempurna kerana keindahan alam semula jadi yang pasti memukau mata anda serta
buatkan anda lupa kerja-kerja di pejabat. Hotel-hotel mewah di sini
kebanyakannya menghadap ke arah pantai dan terdapat hamparan pasir putih yang
mengasyikkan. Anda boleh meluangkan masa bersama pasangan di pantai yang indah
sambil menyaksikan pemandangan-pemandangan cantik di sekelilingnya.
2.
Bora-bora

Setiap tahun Bora-Bora dikunjungi
oleh sekitar seratus ribu pelancong dari serata dunia. Pemandangan disini
didominasi oleh pantai berpasir putih yang dikelilingi oleh lagun yang berwarna
biru kehijauan. Setiap pasangan akan
dimanjakan dengan air laut yang berwarna biru jernih dan dapat melihat terumbu
karang yang sangat cantik dan indah. Bagi penggemar sukan “surfing”, jangan
risau kerana ombak di sini memang akan menjadi “sahabat” baik anda.
3. Greek
Cyclades

Di pulau ini anda akan
menikmati pemandangan bangunan-bangunan putih dan biru. Ianya dihiasi dengan
kubah klasik ditambah lagi dengan pemandangan laut yang cantik. Di sepanjang
jalan Greek Cyclades terdapat banyak restoran, kedai-kedai dan galeri lama yang
boleh anda kunjungi bersama pasangan.
4. Kepulauan
Fiji

Fiji adalah sebuah
negara pulau. Fiji memiliki 322 pulau, 106 di antaranya adalah berpenghuni.
Selain itu ada pula 522 pulau kecil. Pulau kedua terbesar adalah Viti Levu
danVanua Levu yang mana penghuninya meliputi 82% dari keseluruhan penduduk
negara ini. Ibu kota Fiji, Suva, terletak di pulau ini. Di Fiji banyak imigran
yang berasal dari India/Pakistan.
5.Tuscany,
Italy

Selain kesenian yang
bermutu tinggi dan keindahan pemandangan alam, Tuscany turut memiliki pantai dan
pulau yang indah terutamanya di bahagian selatan. Beberapa pantai yang
perlu dikunjungi di sana antara lain adalah Taman Nasional Uccelina, Albarese,
Talamone, Monte Argentario, Laguna di Orbetello, dan Castiglion della
Pescaia.Pulau-pulau di Tuscany juga menawarkan keindahan tropika yang unik.
Tuscany merupakan tempat lahirnya kebudayaan Renaissance yang terkenal dengan
warisan sejarah. Di daerah ini anda boleh melihat unsur seni bina Renaissance di
banyak tempat.
Sumber dari Business
Insider
0 Response to "5 Destinasi Percutian Romantis Yang Menjadi Idaman Setiap Pasangan"
Post a Comment