
Pastinya ramai yang kenal dengan Albert Einstein kan? Percaya atau tidak, hampir semua ahli akademik dari seluruh dunia mengkagumi jasa dan pencapaiannya. Einstein adalah tokoh ahli fizik yang berasal dari Jerman. Dia juga merupakan seorang ilmuwan terkenal di abad ke-20. Kerana terlalu genius, Einstein dikenali ramai orang dari seluruh dunia. Selain kecerdasan otaknya, Einstein juga dikenali kerana wajahnya.
Ketika ini mungkin ada
ramai orang yang memiliki IQ setara dengan Einstein tetapi tidak ramai yang
mempunyai wajah seakan-akan mirip dengan Einstein. Dari laporan laman web
shanghaiist.com, lelaki bernama Profesor Manzou ini dikatakan amat mirip dengan
Enstein.

Dengan rambut yang putih,
kumis putih dan wajah yang tenang, profesor ini mendapat perhatian warga maya
dan menjadi selebriti internet. Profesor Manzou merupakan seorang pensyarah di
Fujian Agriculture and Foresty University. Beliau sudah mengajar di Universiti
tersebut selama 3 tahun.
Di dalam kelas, profesor
Manzou dikenali sebagai seorang pensyarah yang ramah dan murah dengan senyuman.
Para pelajar juga turut berasa senang hati dengan kehadirannya di Universiti
tersebut. Sejak pelajarnya mengambil gambar dirinya untuk dimuatnaik ke laman
media sosial, kini profesor Manzao menjadi selebriti di dunia maya kerana
wajahnya yang mirip dengan Albert Enstein.
Sumber dari
shanghaiist.com
0 Response to "Pensyarah Jadi Selebriti Terkenal Di Internet Kerana Yang Mirip Dengan Albert Enstein"
Post a Comment