
Kecenderungan
lelaki yang lebih gemar memilih untuk menyimpan dompet pada saku bahagian
belakang seluar sehingga menjadi kebiasaan boleh menyebabkan kerosakan pada
saraf-saraf utama bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet
tersebut.
Memetik laporan BBC
News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga
diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy. Dan
mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah
terbiasa meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.

Malah seorang ahli
fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita
atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah
masalah posisi dompet diletakkan.
“Ketika ini semakin ramai
pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit
ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian
belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth,
ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.

Dompet
akan menekan saraf-saraf tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat
kerja mahupun sedang memandu. Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit pada
pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau
baring.
Keadaan ini juga akan
menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang dan yang paling penting adalah
sistem saraf. Mesti ada yang tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun? Pada
peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian.
Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.
0 Response to "Sebab Kenapa Perlu Elakkan Menyimpan Dompet Di Poket Seluar Belakang"
Post a Comment