
JEPUN dan inovasi memang
tidak dapat dipisahkan.
Perkembangan inovasi mereka
tidak hanya terhad kepada pembangunan teknologi dan gajet sahaja, sebaliknya
industri pemakanan turut sama berubah mengikut kepakaran saintis di
sana.
Terbaharu seorang saintis,
Kurare Raku telah mencipta mi yang boleh bersinar dalam gelap.
Raku enggan mendedahkan
rahsia di sebalik penciptaan mi neon yang terdiri daripada warna merah jambu,
hijau dan biru.
Walau bagaimanapun, banyak
pihak mendakwa dia mewarnakan mi tersebut dengan pewarna makanan dan mendedahkan
mi itu dengan cahaya ultraviolet untuk kesanglow in the
dark.
Tindakan itu mungkin boleh
membahayakan kesihatan si pemakannya.
0 Response to "Saintis Jepun Cipta Mee Unik ‘Glow In The Dark’"
Post a Comment