
Alor Gajah :
Seorang penuntut perempuan universiti awam bernasib malang dirogol
bergilir-gilir empat lelaki yang menyamar ahli Rukun Tetangga sebuah kampung, di
depan teman lelakinya di Pantai Pengkalan Balak, di sini, tengah malam,
kelmarin.
Dalam kejadian
jam 12.30 tengah malam, mangsa juga didakwa ditumbuk sebelum dirogol, manakala
teman lelakinya dibelasah empat suspek lingkungan 20-an yang mendakwa ahli Rukun
Tetangga dari sebuah kampung berhampiran.
Menurut
sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 18 tahun dan teman lelaki 21 tahun
singgah di kedai berhampiran untuk makan malam sebelum berkhemah di tepi pantai
berkenaan.
“Gadis
berkenaan dipercayai baru mengenali teman lelakinya beberapa bulan lalu dan
ketika dihampiri empat suspek, kedua-duanya dikatakan memadu asmara di tepi
pantai itu.
“Suspek
meminta pasangan itu menyerahkan kad pengenalan mereka selain mengugut membawa
mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut bagi menakutkan pasangan itu,”
katanya.
Sumber
berkata, teman lelaki gadis itu merayu tidak dibawa ke balai polis kerana
bimbang tindakan itu menjejaskan mereka dan berisiko dibuang dari
universiti.
Katanya,
seorang daripada suspek menumbuk lelaki terbabit, manakala tiga lagi rakannya
menarik penuntut wanita itu ke tepi pantai sebelum dirogol
bergilir-gilir.
“Walaupun
merayu, suspek tetap merogol penuntut wanita itu di depan teman lelakinya yang
dalam kesakitan,” katanya.
Pasangan itu
membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru sejurus kejadian.HM
0 Response to "Pelajar Universiti Awam di noda 4 lelaki menyamar rukun tetangga"
Post a Comment