Sekumpulan doktor dan jururarawat di salah
sebuah hospital di Mumbai India terkejut dan terkesima apabila jasad seorang
lelaki yang hendak dibedah siasat, tiba-tiba kembali bernafas.
Jasad yang
disangka mati itu ialah seorang geladangan yang telah diterima pihak hospital
pada hari Ahad yang lalu.
Dikenali sebagai Prakash ditemui oleh pihak
polis dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman dalam
badan.
Insiden mengejutkan itu berlaku ketika bedah siasat baru sahaja
hendak dimulakan oleh petugas hospital yang terlibat.
Sejurus petugas
perubatan sedar akan situasi itu, lelaki tersebut segera dikejarkan ke unit
rawatan rapi.
Bagaimanapun, Prakash tidak dapat bertahan akibat
komplikasi jangkitan yang dialaminya dan akhirnya telah benar-benar disahkan
meninggal dunia.
Pada masa sama, pihak polis dan doktor saling menuding
jari kerana tidak mahu menanggung kesilapan diagnosis ketika kali pertama jasad
lelaki itu dibawa ke hospital.
Seorang doktor kanan di Hospital Lokmanya
Tilak yang enggan namanya didedahkan, memaklumkan bahawa punca kematian hanya
dapat diketahui selepas proses bedah siasat.
Di Mumbai, pihak polis
sering kali berdepan dengan kes mayat yang tidak dituntut manakala pihak media
sering melaporkan mengenai rumah mayat yang sesak sehingga tiada tempat untuk
meletakkan mayat.
Sumber Astro Awani
0 Response to "Pelik Tapi Benar!! Sekumpulan Doktor Lari Lintang Pukang Terkejut Apabila Mayat Yang Dibedah Hidup Semula?"
Post a Comment