
Seorang
isteri bakal berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda sebanyak SR50,000
(RM56,991) selepas bertindakan membongkar kecurangan suaminya menerusi video
yang dirakamnya.
Memetik laporan Standard Digital, isteri tersebut yang
merupakan seorang wanita Arab yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan
merakam video menggunakan telefon bimbit yang menunjukkan suaminya menggoda,
mencium dan memeluk pembantu rumah mereka dalam kejadian di Gulf Kingdom, di
sini.
Wanita tersebut memuat naik rakaman tersebut ke laman sosialnya
dengan menulis kapsyen;
“Hukuman minimum kepada suami kerana dia
mempunyai skandal”
Rakaman tersebut nyata menarik perhatian ramai
pengguna media sosial di negara tersebut yang rata-rata menyokong tindakan
wanita terbabit sambil menyifatkan ia mampu memberi pengajaran kepada suaminya
yang curang.
Bagaimanapun, seorang peguam Arab terkenal, Majid Qaroob
berkata, wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara atas tuduhan memfitnah
suaminya dengan merakam video tersebut.
"Dia berdepan hukuman sehingga
satu tahun penjara atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah
suaminya mengikut undang-undang jenayah teknologi
maklumat.
"Undang-undang ini termasuk hukuman tegas kepada sesiapa sahaja
yang menggunakan telefon bimbit dengan kamera atau peranti lain untuk merakam
gambar individu lain serta memfitnah mereka,” kata Majid.
0 Response to "Seorang Isteri Bakal Dipenjara Kerana Merakam Kecurangan Suaminya Dengan Pembantu Rumah"
Post a Comment