"PENALTI TADI PON DAH EJAS, TAKKAN LARIAN PUN NAK EJAS...." - KJ




Hari Sukan Negara yang berlangsung semalam dimeriahkan pelbagai acara dan juga penyertaan dari menteri-menteri termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara satu aksi yang menarik perhatian rakyat Malaysia adalah video Perdana Menteri, Najib Razak menyempurnakan tendangan penalti yang dijaga oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Ramai pengguna media sosial mencurigai tendangan terbabit dengan berkata KJ 'memberi muka' kepada Najib.

Di laman Twitter, KJ kemudiannya memuat naik tweet "Penalti tadi pun saya dah ejas, bos. Takkan larian pun nak ejas." sebagai balasan kepada tweet dari Najib Razak sebelum ini yang berkata "Saya ikut serta Fun Walk sejauh 2km. Saya jln sahaja, kalau sy lari, @Khairykj pun kalah! #KeepFit #HariSukanNegara "



Maka terjawablah sudah. Ya, memang KJ bagi muka kepada Datuk Seri Najib. - SUMBER

Related Posts :

0 Response to ""PENALTI TADI PON DAH EJAS, TAKKAN LARIAN PUN NAK EJAS...." - KJ"

Post a Comment