Ketika itu mereka sedang mengacarakan
rancangan ‘A Toda Maquina’ apabila Tovar berulang kali menyentuh
pinggang dan merapatkan badan serta menyentuh dada Reza.
Pada mulanya Reza cuba mengawal kemarahan namun
akhirnya dia berjalan keluar sambil menyatakan `saya tidak boleh melakukan ini
(mengacara)’.
Susulan itu satu siasatan dalaman dijalankan dan
pihak televisyen mendapati kedua-duanya bersetuju untuk berpura-pura berlaku
gangguan seksual supaya video berkenaan dapat akan menjadi viral. Kedua-duanya
kemudian telah dipecat.
Namun Reza membuat pengakuan mengejutkan apabila
menyatakan dia telah diberikan tekanan agar memberitahu bahawa gangguan seksual
itu merupakan satu lakonan.
“Menyedihkan apabila terdapat tekanan daripada
syarikat yang menyifatkan anda bersalah dan mereka hanya lepas
tangan.
“Jika mereka memaksa saya menarik mesej ini
dalam Facebook, sekurang-kurangnya saya telah memuatnaik dalam media sosial
saya,’’ katanya.
Manakala Toyar pula menyatakan mereka berdua adalah
kawan rapat dan tidak mungkin akan berlaku gangguan seksual.
“Kami amat rapat. Kami makan bersama, siap
bertepuk tampar dan melakukan semuan bersama,’’ katanya.
Tidak diketahui versi cerita mana yang betul namun
pihak berkuasa tetap menyiasat Tovar kerana melakukan gangguan seksual. –
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "PENGACARA TV KENA GANGGUAN SEKSUAL SEMASA MENGACARA"
Post a Comment