Kesanggupan mereka itu menyebabkan ramai pengunjung
menyampaikan derma 10,000 pound (RM65,345) untuk disumbangkan kepada Yayasan
Amal Hospital Southend dekat sini yang mengurus ramai pesakit
kanser.
Aksi sama pernah dilakukan pada 2010 lalu apabila
seramai 102 orang tanpa selembar benang pakaian pun beraksi menaiki
permainan Green Scream di taman tema Adventure Island di Southend juga
untuk projek dana kebajikan.
Kumpulan dengan aksi unik ini sebenarnya sudah
mengelilingi beberapa bandar di England dan Scotland untuk mengumpul derma bagi
pelbagai projek amal tempatan antaranya di Edinburgh, Newcastle dan
Swindon.
Menurut media di Britain, mereka sedia melakukan
pelbagai aksi lasak dan sensasi termasuk dengan cara berbogel habis bagi menarik
minat masyarakat menderma sambil ‘mencuci’ mata melihat kemontokan tubuh peserta
itu.
“Ini sungguh hari hebat dengan ramai orang
dapat menikmati peluang berbuat sesuatu berkesan, menyenangkan, dan menghasilkan
wang dalam jumlah banyak,” kata Pengarah Operasi Adventure Island,
Andrew Renton.
Penganjur bagaimanapun gagal memecah rekod dunia
Guinness yang dicatatkan pada 2010 kerana penyertaan kali ini kurang hampir
separuh selain tidak mencapai sasaran derma sebanyak 20,000 pound (kira-kira
RM130,750).
Taman tema keluarga yang dibuka secara percuma
serta diasaskan pada 1976 itu mengandungi pelbagai tarikan popular termasuk lima
jenis roller coaster, 32 jenis permainan sukaneka berbeza dan sebuah
taman rekreasi air.
“Kami dengar pelbagai kisah yang
mengagumkan baik secara langsung mahupun tidak langsung daripada begitu ramai
pesakit yang pernah hidap barah dan mereka ingin ‘membalasnya’ semula,”
ujar beliau lagi.
Renton menyatakan perasaan bangga terhadap
Adventure Island yang berbuat sesuatu demi membantu mereka yang memerlukan. Dia
juga terharu apabila banyak aksi mereka masih dicatatkan dalam rekod dunia
Guinness.
Lucy Thomas Clayton dari Yayasan Amal Hospital
Southend turut berasa kagum atas keberanian dan pengorbanan pencari kebajikan
tersebut yang sukarela bertelanjang di depan khalayak ramai. –
Agensi/Mynewshub.cc/HAA
0 Response to "(VIDEO) BERTELANJANG BULAT DEMI PESAKIT KANSER JADI VIRAL"
Post a Comment