Rozita
Ibrahim, yang merupakan pengasas perniagaan Sendayu Tinggi, telah berkongsi
sebab dan punca sebenar mengapa beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi
berpurdah.
Kenapa
Saya Buka Purdah? Penjelasan Rozita Ibrahim
Menurut
wanita berusia 41 tahun itu, tidak mudah sebenarnya untuk beliau berhenti
berpurdah serta-merta namun atas nasihat tiga orang yang arif tentang agama,
Rozita akhirnya berhenti juga berpurdah.
Mari
baca penjelasan panjang lebar Rozita Ibrahim, pengasas syarikat kecantikan
Sendayu Tinggi tentang sebab dan punca sebenar beliau tidak lagi memakai
purdah.
Rozita
Ibrahim ketika berpurdah
Budaya
berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas
atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau
mana-mana politik.
Saya
tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan
terus menyemai rasa cintakan Islam..!!
Bukan
mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap
pendiriannya..
Saya
tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang
dikenali.
Apabila
berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa
selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai
kemana saja saya pergi.
Banyak
kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima
ialah
Muka
saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..
Kalau
nak berubah kenapa nak tutup muka..
Kenapa
pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..MASALAH SAYA SEMASA
BERPURDAH
Saya
pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan,
semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3 kali, mereka membatalkan kontrak
tanpa alasan.
Saya
ingin membeli siaran RTM dan TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM.
Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.
Alasannya
“Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan
beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”
Saya
jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi
.. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup
muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti
merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya,
islam agama rasmi negara kita kan..??
Jawab
mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya
melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam” itu sangat
kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan
dihormati ..
Bukan
itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar
negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas.
Semasa
saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat
ditempat terbuka) 3 orang polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya
dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..
Semasa
bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport
Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam
ni, saya kat Malaysia pakai tudung..
Kat
sini saya buka..Terpaksa..Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan
kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..
Setelah
3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan
diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan
tapak tangan bukan aurat wanita”.
Diharuskan
bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan
memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya dalam mengelakkan
fitnah.
Wa
Allahu'alam..
0 Response to "PUNCA PENGASAS SENDAYU TINGGI TIDAK LAGI MEMAKAI PURDAH"
Post a Comment