Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), kini mahu menyambung pengajian di
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) secara serentak di Universiti
Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu cabaran kepadanya
“Saya
terkejut juga apabila pihak UMS beri peluang buat Sarjana dan Doktor Falsafah
secara serentak tetapi ini adalah peluang saya untuk menuntut ilmu bukan sahaja
untuk kepuasan diri tetapi berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat pada
masa hadapan.
“Ini
bukan bebanan tetapi satu cabaran kepada diri saya sendiri sama ada saya boleh
lakukan atau pun tidak. Sebagai pemimpin saya ingin melihat lebih ramai ahli
Seniman menyambung pengajian di peringkat universiti kerana pendidikan itu bukan
sahaja penting tetapi ia dapat memberi tambah nilai kepada diri mereka”
“Ilmu juga adalah persediaan pada masa hadapan kerana
kita tidak akan selamanya berada dalam industri ini. Dengan ijazah yang ada kita
mungkin boleh menjadi seorang pendidik selain menyumbang kembali kepada bidang
seni,” jelasnya kepada mStar Online.
Tambah
Zed, memandangkan dia memilih untuk membuat kajian, dia tidak perlu menghadiri
kuliah di universiti tetapi perlu bijak membahagikan masa dalam menyiapkan
tugasan selain optimis dapat menyelesaikan pengajian menjelang tahun 2020.
Semoga semuanya dipermudahkan dangood
luck Zed Zaidi.
Sejurus
dia memberi tahu umum akan tindakan dia itu. seorang individu tampil dipercayai
pelajar kepada pensyarah yang sama mengajar Zed Zaidi membuat pendedahan
perangai artis tersebut di dalam kampus! sangat mengejutkan.. Berikut adalah
pendedahan yang dibuat

0 Response to "Pensyarah Membuat Pendedahan Tentang Perangai Buruk Zed Zaidi Ketika Dikampus!"
Post a Comment