POLIS Britain kini sedang
memburu empat remaja selepas mereka didakwa kencing di sebuah stesen keretapi,
mengganggu penumpang dan melakukan seks di ruang menyimpan basikal secara
terbuka.
Kumpulan remaja yang
melibatkan dua lelaki dan dua perempuan itu memasuki stesen berkenaan pada 8
Oktober lalu antara pukul 5.20 petang hingga 5.40 petang.
Dua remaja lelaki itu telah
membuang air kecil di atas platform sebelum membaling beg mengandungi sampah di
atas landasan.
Mereka kemudiannya terjun ke
atas landasan dan menganggu orang lain.
Salah seorang daripada remaja
itu kemudiannya memasuki ruang menyimpan basikal dan telah melakukan seks dengan
pasangannya.
Polis yang tiba di tempat
kejadian selepas menerima laporan bagaimanapun gagal menahan mereka kerana
remaja terbabit sudah melarikan diri. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Polis Buru Remaja Lakukan Seks Di Tempat Terbuka"
Post a Comment