Wanita muda Muslim, Aida Hadzialic yang berusia
27 tahun telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan negara Sweden.
Aida yang berasal dari negara Bosnia antara
satu-satu wanita Islam yang muda memegang jawatan tertinggi dalam barisan
kabinet di dunia.
Menjadi pelarian ketika berusia 5 tahun bersama
ahli keluarganya tidak mematahkan semangat Aida untuk berjaya dalam pelajaran
serta kehidupan.
Berdasarkan laporan daripada Arab News, Aida
merupakan siswazah undang-undang dari Universiti Lund.
Ketika berusia 23 tahun, dia juga pernah
memegang jawatan sebagai Timbalan Datuk Bandar Halmstad.
Kini, di bawah Kabinet baru yang dipimpin oleh
Perdana Menteri Stefan Löfven, Aida merupakan orang paling muda yang pernah
berkhidmat sebagai menteri di Sweden.
Dia dilantik untuk memangku jawatan ini pada
tahun lalu.
0 Response to "Wanita Islam Jadi Menteri Pendidikan Sweden"
Post a Comment