Pusat Karaoke Ahmad Dhani Terbakar


Penyanyi dan penerbit terkenal Indonesia, Ahmad Dhani menafikan adanya unsur sabotaj disebalik insiden kebakaran yang berlaku di salah sebuah pusat karaoke miliknya.

Pada 15 Oktober lalu, Pusat Karaoke Masterpiece milik vokalis kumpulan Dewa 19 itu terbakar di bahagian dapur dan kira-kira 22 unit kenderaan pemadam kebakaran dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Kejadian malang tersebut telah berlaku di salah sebuah cawangan pusat karaokenya yang terletak di tingkat 14, pusat membeli-belah Gedung Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat.

“Saya tidak fikir perkara ini ada kaitan dengan unsur sabotaj. Kebakaran tersebut berpunca dari salah satu dapur gas yang meletup. Mungkin tabungnya bocor atau mungkin ketika itu, ada yang merokok,” kata Dhani kepada Bintang.com.

Tidak mahu menuding jari ke mana-mana pihak, Dhani mengambil pendekatan untuk berfikiran positif dan menganggap kecelakaan yang telah terjadi adalah disebabkan kecuaian sendiri.


“Tidak elok jika saya tuduh mana-mana pihak atau menganggap ada unsur sabotaj disebalik kejadian itu. Insiden kebakaran yang terjadi hanya kerana kelalaian saya sahaja,” kata Dhani lagi.

Related Posts :

0 Response to "Pusat Karaoke Ahmad Dhani Terbakar"

Post a Comment