Rakyat Malaysia ‘Paling Gemuk’ di Asia Tenggara !


Jangan terkejut dengan tajuk yang kami sediakan untuk anda. Ini bukan rekaan semata-mata, ianya memang benar.
Menurut laporan Harian Metro, kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (IV) menunjukkan Malaysia mempunyai rakyat ‘paling gemuk’ tertinggi di Asia Tenggara dan keenam di Asia Pasifik.


Rakyat Malaysia ‘Paling Gemuk’ di Asia Tenggara!
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Majlis Perubatan Malaysia (MMA) Dr Azizan Abdul Aziz berkata, sebanyak 29.4 peratus rakyat Malaysia lebih 18 tahun mempunyai berat badan berlebihan manakala 15.1 peratus mengalami obesiti.
Katanya, itu bermakna dua dalam lima orang dewasa di negara ini mengalami obesiti.
obesiti
“Kelaziman obesiti bagi remaja bawah umur 18 tahun sekarang ialah 6.1 peratus.
“Ini memberi impak kepada kesihatan umum kerana obesiti adalah faktor penyakit kronik seperti kencing, sakit jantung dan penyakit barah tertentu,” katanya ketika berucap pada Program Fun Dance & Family Fiesta anjuran MMA di sini semalam.
Program dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Turut hadir Presiden MMA Dr Krishna Kumar dan Pengerusi MMA Kuala Lumpur Prof Madya Dr Andrew Tan.
Terdahulu, lebih 2,000 peserta menyertai senaman zumba selama 90 minit seawal jam 7 pagi.
Dr Azizan yang juga Pengerusi Penganjur program berkenaan berkata, program saringan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) secara percuma kepada pekerja berusia 40 tahun ke atas adalah program yang baik untuk mengesan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, obesiti dan paras kolesterol yang tinggi dalam darah.

Scorefit Zumba 1
Sumber Foto: Mymajorevents


Pada sidang media selepas itu, Tengku Adnan berkata, kementeriannya bercadang menjadikan senaman zumba sebagai aktiviti bulanan di Taman Tasik Titiwangsa dalam usaha melahirkan masyarakat kota sihat dan bebas obesiti.
Katanya, pihaknya akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau mahu lebih banyak program seperti itu dilaksanakan kerana mampu mendidik warga kota melakukan aktiviti sihat melalui program yang menghiburkan.

Scorefit Zumba 3
Sumber Foto: Mymajorevents


“Untuk merealisasikan aktiviti seumpamanya, kami perlukan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama merangka dan melaksanakan lebih banyak program berbentuk kesihatan dan riadah.
“Senaman zumba ini akan menjadi seperti program Car Free Morning yang kini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum sehingga ada yang meminta ia diadakan setiap minggu,” katanya.

0 Response to "Rakyat Malaysia ‘Paling Gemuk’ di Asia Tenggara !"

Post a Comment