
Setelah
melalui episod rumahtangga yang memeritkan, pelakon Rita Rudaini menyatakan
hatinya kini sudah tertutup untuk mana-mana lelaki yang mahu menjadikan dia
isteri mahupun kekasih.
Rita Rudaini menegaskan dia tidak akan berkahwin
buat sekian kalinya kerana akui sudah 'penat' untuk melalui sekali lagi alam
rumahtangga.
"Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab
saya frust atau apa tapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja.
"Lagipun
fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana
kalau saya kahwin pun memang tidak akan ada lelaki yang boleh sayang anak saya
seperti anak mereka sendiri.
"Terus-terang hati saya sudah tertutup rapat
untuk mana-mana lelaki dan saya memang tak ada hati langsung, hinggakan nak
tenguk lelaki pun saya tak lalu.
"Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika
Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti,berserah sajalah," katanya kepada
murai.com.my selepas Malam Gala Filem Love Supermoon malam tadi.
Pun
begitu, Rita Rudaini tidak dinafikan masih ada lelaki yang berhasrat untuk cuba
mendekatinya.
"Tipulah kalau tak ada lelaki yang cuba nak dekat tapi saya
akan tolak sahaja dengan baik dan saya harap selepas ini tak perlulah mana-mana
lelaki lain hendak mencuba nasib lagi.
"Paling menyakitkan hati masih ada
lagi lelaki yang berdegil hendak memujuk dan menuduh saya serik. Saya tak serik
atau frust pun cuma saya tak nak sebab dah penat," katanya lagi.
Mengulas
mengenai filem Love, Supermoon Rita Rudaini yang memegang watak Nina itu akui
suka akan jalan cerita dan wataknya yang ringan dan bersahaja dan lain daripada
yang lain itu.
Filem bergenre Komedi Romatik itu mengisahkan tentang
perjalanan hidup hero dan heroinnya selama 20 tahun yang penuh dengan kisah suka
duka. Filem ini memaparkan saat-saat penting dalam kebidupan seperti cinta
monyet zaman sekolah, konvokesyen di universiti, temuduga kerja, alam berumah
tangga dan seterusnya.
0 Response to "Rita Rudaini Beri Amaran Jangan Ada Lelaki Berani Mendekatinya"
Post a Comment