HUBUNGAN seks dengan robot persis manusia tulen
mungkin akan menjadi amalan biasa menjelang 2025, dan berkemungkinan besar bakal
menjadi lebih popular berbanding seks dengan manusia, kata pakar ramalan masa
depan, Ian Pearson.
Laporan beliau mengenai seks pada masa depan telah
pun diterbitkan dengan usaha sama salah sebuah rangkaian kedai alat permainan
seks United Kingdom, Bondara.
Menurut laporan tersebut, seks secara maya akan
menjadi amalan kasual seperti membelek laman web lucah menjelang tahun
2030 dan pada 2035, ramai dijangka mempunyai permainan seks yang boleh
berinteraksi dengan realiti maya.
Malah, golongan berpendapatan tinggi juga
diramalkan mula menggunakan khidmat kekasih sintetik ini dalam apa jua bentuk
seawal tahun 2025, sebelum populariti amalan itu menjangkaui hubungan seks
antara manusia pada 2050.
Pada awalnya, masyarakat akan merasakan aktiviti
seks terbaharu ini sesuatu yang agak menyusahkan, namun lama-kelamaan mereka
akan terbiasa dengannya, tidak jauh beza daripada penerimaan terhadap bahan
bacaan lucah, kata Pearson.
Beliau juga menambah, apabila rupa dan rasa
sentuhan robot tersebut bertambah baik, pandangan manusia terhadap amalan seks
artifisial ini juga akan berubah.
“Kebanyakan manusia akan tetap mempunyai keraguan
terhadap hubungan seks dengan robot pada mulanya.
“Namun apabila kepintaran buatan (artificial
intelligence atau AI) dan tingkah laku mekanikal serta sentuhan rasa
robot-robot ini ditambah baik.
“Dan mereka mula menjadi teman yang
mempunyai ikatan emosional yang kuat; ketidakselesaan itu akan perlahan-lahan
digantikan dengan keghairahan pula,” kata Pearson lagi.
“Sementara sesetengah orang akan teruja untuk
mengadakan seks bebas komitmen bersama robot (jika mereka mampu memilikinya)
seawal tahun 2025.
“Tetapi amalan ini takkan memintasi
populariti hubungan seks sesama fizikal manusia secara total sehingga tahun
2050.”
Sumber: My Times
0 Response to "ROBOT SEKS BAKAL GANTI KEKASIH ANDA MENJELANG TAHUN 2025"
Post a Comment