
20
Oktober lalu, kami ada menyiarkan tentang seorang lelaki warga Pakistan terpaksa
bermalam di KLIA selepas gagal mencari pekerjaan di negara ini.
Kisah
Ibrahim, warga Pakistan yang bernasib malang ini mencetuskan rasa simpati
netizen serta warga kerja di KLIA sehingga ada yang mahu menghulurkan bantuan
memberi pekerjaan atau sumbangan tunai untuknya bertahan sementara di
KLIA.
Dalam
perkembangan terkini, kami dimaklumkan lelaki itu telah pun kembali ke Pakistan
petang tadi.
"Salam
admin, Uncle Ibrahim sudah berlepas balik. Sempat berborak dengan dia tadi.
Sebak pula rasanya. Saya kerja di airport, jadi kamilah tempat uncle refer
apa-apa selain makan minum dia. Sampai kawan saya dapat bantu uruskan tiket
penerbangan pulangnya.
"Kebetulan
kedai yang saya kerja ini bersebelahan dengan International Departure. Jadi,
dapatlah merakam gambar betapa gembira dan terujanya dia dapat balik ke kampung
halaman," kata Farha Athirah yang menghubungi kami lewat petang tadi.


"Terima
kasih juga pada rakyat Malaysia yang membantu uncle Ibrahim. Ramai juga
kakitangan airport yang datang memberi makanan selain kawan-kawan tempat kerja
saya.
"Seperkara
lagi, pada yang minta bantuan kewangan berkaitan uncle Ibrahim ini, minta
dihentikan sebab uncle sudah balik. Jadi, tak naklah ada yang mengambil
kesempatan," katanya.
Syukur
alhamdulillah. Inilah kebaikan media sosial, dapat membantu orang yang
benar-benar memerlukan bantuan. Mujur ada pihak yang sudi mencari dan membantu
Ibrahim. Tidak terbayangkan bagaimana keadaannya tinggal di KLIA tanpa makan dan
minum sementara menunggu penerbangannya pulang ke negaranya pada 11
November.
Terima
kasih kepada pihak yang sudi membantu. Moga Allah murahkan rezeki anda. Amin..
-
THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to ""SALAM ADMIN, UNCLE IBRAHIM SUDA BERLEPAS BALIK.TERIMA KASIH PADA RAKYAT MALAYSIA!!""
Post a Comment