JEDDAH – ARAB SAUDI. Penguasa Kastam Arab Saudi
mendakwa syarikat pengangkutan asing didakwa cuba untuk menyeludup dadah ke
negara tersebut dengan cara menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam bagasi
jemaah haji.
Jurucakapnya, Essa al-Essa memberitahu pihak tidak
bertanggungjawab terbabit cuba untuk mengambil kesempatan di tengah-tengah
kesesakan jemaah.
“Beberapa jenis dadah seperti captagon, tramadol
qoro dan qat ditemui di dalam beg jemaah. Sindiket terancang itu turut terlibat
dalam kegiatan penyeludupan wang tunai dan logam berharga,”
jelasnya.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa sukar untuk
mengenal pasti identiti dalang sebenar yang melakukan perlanggaran itu kerana
beg tersebut dilonggokkan tanpa mengikut negara.
Difahamkan, pihak berkuasa kastam telah menggunakan
mekanisme automatik termasuk pemeriksaan X-ray sebagai langkah mengelakkan
sebarang cubaan menyeludup ke negara itu, lapor Arab News.
-Sinar
0 Response to "CUBAAN SELEDUP DADAH DALAM BAGASI HAJI KE NEGARA ARAB SAUDI"
Post a Comment