The Malaysian Insider Untuk Dijual, Kinibiz (Malaysiakini) Bakal Ditutup


KUALA LUMPUR: Portal Berita The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan bakal dijual selepas syarikat induknya, The Edge, kini mengalami masalah kewangan.

Ths Star melaporkan, The Edge kini dalam proses mengurangkan pekerja dikatakan terjejas dengan keadaan ekonomi semasa disamping penggantungan lesen penerbitan oleh Kementerian Dalam Negeri beberapa bulan lalu.

Pelan The Edge untuk menerbitkan program berita televisyen juga dikatakan akan disemak semula.

Sementara itu, Kinibiz milik portal berita Malaysiakini juga bakal ditutup 1 Februari ini berikutan masalah sama.

Pengumuman rasmi penutupan Kinibiz dilaporkan akan dibuat minggu depan.

-mD

0 Response to "The Malaysian Insider Untuk Dijual, Kinibiz (Malaysiakini) Bakal Ditutup"

Post a Comment