
Chicago: Seorang wanita mengakibatkan kesesakan
lalu lintas teruk selepas mengikat dirinya pada rak basikal di depan sebuah bas
dan mendakwa dirinya basikal.
Video yang tersebar di Internet menunjukkan
pertengkaran antara pemandu bas dan wanita itu yang berpakaian serba merah jambu
serta duduk di atas rak berkenaan tanpa basikal.
Malah, lebih pelik lagi dia mendakwa dia
basikal. Pemandu bas terbabit terpaksa menghentikan bas dan keluar untuk
memujuknya turun, tetapi tidak berjaya. Pemandu kenderaan lain turut keluar
dalam usaha memujuknya manakala ada juga yang membunyikan hon.
Wanita itu bagaimanapun tidak mempedulikan
mereka sebaliknya berulang kali berkata: “Saya basikal.”
Pemandu wanita yang merakamkan kejadian itu
bagaimanapun menganggapnya lawak dan menyuruh wanita itu tidak bergerak.
0 Response to "Saya Basikal"
Post a Comment