GEORGETOWN - Sepasang kekasih
maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 14 sebuah flat di Relau di sini
kerana mempunyai masalah perhubungan cinta, pagi tadi.
gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Timur
Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian pada jam
9.05 pagi itu berlaku di Blok 33, Persiaran Paya Terubong,
Relau.
Menurutnya, polis menerima maklumat dari orang awam berhubung
kejadian itu yang membabitkan seorang wanita warga Vietnam dan teman lelakinya
warga Nepal.
"Kedua-dua mangsa yang
bekerja sebagai operator kilang maut di tempat kejadian kerana parah di seluruh
anggota badan. Mayat mangsa dijumpai orang awam di bumbung lobi, tingkat 1
perumahan berkenaan.
Berdasarkan percakapan rakan serumah kedua-dua
mangsa, mereka adalah pasangan bercinta.
"Keterangan rakan serumah mangsa
wanita mengatakan bahawa sebelum kejadian mereka terdengar bunyi bising seperti
ada orang bertengkar dan kemudiannya senyap. Mereka hanya tahu mangsa yang
berusia 20 tahun telah terjun apabila orang ramai melihat ke bawah melalui kaki
lima balkoni," katanya menerusi satu kenyataan.
Mior Faridalathrash
berkata, mangsa yang berusia 24 tahun dipercayai terjun dari tingkat 14 Blok 33
berhampiran dengan rumah mangsa wanita berkenaan.
"Dari keterangan oleh
rakan serumah mangsa lelaki, mereka menyatakan bahawa mereka tahu mangsa telah
keluar berjumpa dengan kekasihnya di tingkat 14 bangunan berkenaan. Sebelum
kejadian, mereka terdengar bunyi dua dentuman yang berbeza
masanya.
"Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar setakat ini tidak
menjumpai sebarang bukti atau kesan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan
jenayah. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk
bedah siasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),"
katanya
0 Response to "Sepasang kekasih maut terjun dari tingkat 14"
Post a Comment