Meskipun
dirinya tidak sesempurna insan yang lain, Rita Husni Mat Nordin tidak menjadikan
ia sebagai alasan untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Wanita
yang berusia 39 tahun itu dan menghidap penyakit ketumbuhan di bahagian muka
atau dikenali sebagai Neurofibromatosis berkata hal itu tidak menjadikannya
sebagai seorang yang lemah dan mampu bekerja seperti biasa tanpa adanya rasa
rendah diri.
“Kebanyakan
orang yang menemuinya buat pertama kali akan berasa pelik dan bertanya, namun
saya sudah lali dengan pelbagai pertanyaan dan tidak lokek memberi penerangan
kepada sesiapa saja sehingga mereka faham.
“Kekurangan
ini juga turut memberi rezeki kepada saya apabila mendapat pekerjaan yang baik
dalam jabatan kerajaan sejak lapan tahun yang lalu,”
katanya.
Lebih
membanggakan, Rita merupakan Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan dan
sentiasa memberikan semangat kepada orang muda yang juga berdepan dengan masalah
yang sama.
“Saya
tidak pernah malu dengan keadaan diri, malah kekurangan ini beri kelebihan
kepada saya untuk memberi motivasi kepada golongan remaja supaya bersyukur dan
berusaha untuk berjaya,”
kata Rita.
Ibu
kepada seorang anak itu memberitahu pernah melakukan pembedahan untuk membuang
ketumbuhan itu namun ia membuatkan wajahnya ditumbuhi lebih banyak benjolan
itu.
0 Response to "Ketumbuhan Di Wajah Bukan Penghalang Untuk Rita Berjaya"
Post a Comment