TERKINI.....FENOMENA JEREBU KUNING MENAKUTKAN LANDA MALAYSIA?

FENOMENA JEREBU KUNING LANDA MALAYSIA?

 gambar dari FB Mohd Hairey Yahya

Di Malaysia jerebu akan muncul ketika terjadinya kebakaran besar baik di dalam mahupun di luar negara. Kebakaran besar sebagaimana sering terjadi di negara jiran Indonesia (khususnya kepulauan Sumatera) akan menyebabkan kita di Malaysia mengalami jerebu tebal shingga mengurangkan jarak penglihatan.

 Dan jerebu ini tentunya memberikan kesan negatif kepada aktiviti kehidupan terutama masalah kesihatan. 

Terbaru di KL dilaporkan kejadian jerebu yang belum pernah terjadi, iaitu jerebu kuning. Biasanya jerebu berwarna kelabu iaitu warna asap. 



gambar yang tersebar dari group whatsapp




sumber foto:mynewshub

Pada mulanya kejadian jerebu misteri itu menimbulkan tandatanya dan kehairanan di kalangan penduduk bagaimanapun jika dilihat situai kebakaran yang melanda negara jiran ketika ini semakin teruk,tidak mustahil jerebu kuning ini merebak hingga ke ke negara kita Malaysia.

Dinasihat anak-anak dan orang tua yang mengalami masalah jantung dan paru-paru supaya tidak keluar rumah.
Jerebu teruk itu turut menukar warna pemandangan menjadi kekuningan dan dilaporkan sangat berbahaya kepada kanak-kanak serta golongan yang berpenyakit.


Rata-rata menyifatkan jerebu berwarna kuning itu adalah beracun dan sangat berbahaya kepada kanak-kanak serta golongan yang berpenyakit.

Berikutan itu, ramai yang mempertikaikanbacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana setakat jam 9 pagi tadi,bacaan IPU menunjukkan Shah Alam dibawah kategori tidak sihatiaitu 157.

Fuh jerebu kuning teruk gila. Dah macam pukul 6, tulis Aniqnadzrey

Jerebu teruk gilaaaaaa. Asap dah warna kuning dah. Tapi pelik kenapa bacaan IPU baru 150++? hospital Shah Alam dah tak nampak dah, tulis Nanahazwanie.

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi satu kenyataan memaklumkan semua kuliah di UiTM Selangor akan ditangguhkan keesokkan hari iaitu pada Rabu (21 Oktober) setelah mengambil kira bacaan IPU pada hari ini.

Manakala, berita Indonesia turut melaporkan keadaan di Riau semakin buruk danwarna pemandangan telah bertukar menjadi kekuningan dengan catatan IPU,2843.

Keadaan itu sekaligus menyebabkan aktiviti di seluruh Riau hampir lumpuh dengan penutupan lapangan terbang, sekolah dan pusat beli-belah serta sebahagian syarikat. 

Jerebu di Riau semakin buruk, warna pemandangan menjadi kuning


Laporan media tempatan menyebut keadaan itu menyebabkan aktiviti di seluruh Riau hampir lumpuh dengan penutupan lapangan terbang, sekolah dan pusat beli-belah serta sebahagian syarikat.


0 Response to "TERKINI.....FENOMENA JEREBU KUNING MENAKUTKAN LANDA MALAYSIA?"

Post a Comment