SEORANG
wanita warga tua dipercayai terputus tangan kirinya setelah tersepit antara
pintu lif di sebuah blok perumahan awam milik agensi pemerintah atau HDB di
Taman Tasik Jurong pada Jumaat.
SINGAPURA
– Seorang wanita warga tua dipercayai terputus tangan kirinya setelah tersepit
antara pintu lif di sebuah blok perumahan awam milik agensi pemerintah atau HDB
di Taman Tasik Jurong pada Jumaat.
Menurut
pasukan pertahanan awam Singapura atau SCDF, pihaknya telah dimaklumkan oleh
orang awam mengenai kejadian ngeri itu berlaku di Blok 322 Tah Ching Road itu
kira-kira pukul 7.27 pagi.
Apabila
tiba di tempat kejadian, para pegawai SCDF menjumpai wanita malang berkenaan
masih terperangkap lagi dalam lif di tingkat satu, dengan tangan kirinya
didapati tersepit antara pintu lif tersebut.
Menurut TODAY,
akhbar percuma edisi petang terbitan MediaCorp., anggota SCDF berjaya
menyelamatkan wanita itu dengan menggunakan perkakas berat untuk mengumpil pintu
lif sehingga terbuka.
Mangsa
berkenaan kemudian segera dihantar ke Hospital Universiti Nasional Singapura
(NUH) di Lower Kent Ridge Road dengan mengalami masalah kecederaan tangan kiri
yang amat serius.
Pihak
hospital tersebut sudah pun diberitahu lebih awal untuk bersiap sedia dan
difahamkan bahawa tangan kiri wanita itu yang terputus telah dibalut dalam ais
serta dibawa ke NUH.
Sementara
itu, empat pekerja syarikat penyelenggaran lif berkenaan, Sigma Elevator
Singapore telah dipanggil untuk kerja-kerja baik pulih sebelum keadaan kembali
normal selepas pukul 2 petang.
Beberapa
jiran mangsa memberitahu akhbar The Straits Times, wanita berusia 80-an
itu dilihat membawa seekor anjing peliharaannya yang berwarna putih sebelum
kedua-duanya terperangkap di dalam lif. – Agensi
0 Response to "Tangan Wanita Terputus Akibat Tersepit Pintu Lif"
Post a Comment