Video: Aksi Lelaki Tak Berbaju Buat Regangan Di Lebuhraya PLUS Jadi Viral
Sejak
beberapa hari lalu tersebar satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki
berbaring di atas Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar Ainsdale, Seremban
sambil membuat aksi regangan.
Akibat
kejadian pelik itu menyebabkan ramai pengguna lebuhraya melambatkan pemanduan
untuk merakamkan aksi berkenaan, selain mengelakkan kejadian melanggar lelaki
itu.
Sebuah
kereta bewarna perak dipercayai milik lelaki itu juga berada di arah
bertentangan lebuhraya. Aksi tersebut mengundang tanda tanya ramai
pihak.
Salah
seorang pengguna lebuhraya yang berada ketika kejadian itu, Norzuliana Zakarian
memberitahu lelaki itu terdahulu memandu dengan laju mengakibatkan hilang
kawalan sehingga nyaris melanggar pembahagi jalan.
“Kereta
dia berpusing, dan selepas itu dia keluar dari kereta dan secara tiba-tiba
baring di atas jalan. Dia tidak berbaju dan badannya mempunyai kesan membuat
bekam. "Saya
tidak tahu untuk katakan lelaki itu kurang siuman. Dan selepas kami memintas
keretanya, dia dilihat sedang menghisap rokok dengan keadaan keretanya dipasang
lampu kecemasan,”
katanya.
Sementara
itu PLUS Malaysia Berhad mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada 4 Oktober
lalu pada jam 11.30 pagi.sumber
0 Response to "Video: Aksi Lelaki Tak Berbaju Buat Regangan Di Lebuhraya PLUS Jadi Viral"
Post a Comment