SEBAGAI seorang penyanyi, pakaian yang dipakai
ketika membuat persembahan lazimnya memainkan peranan penting kerana ia boleh
menggugat mutu persembahan.
Namun lumrah menjadi seorang penghibur, segala
dugaan ketika berada di atas pentas harus diatasi dengan tenang supaya tidak
mengecewakan penonton dan peminat yang hadir.
Itulah yang dibuat oleh penyanyi popular Hollywood,
Britney Spears yang masih memainkan peranannya sebagai penyanyi sama seperti
artis lain yang menghadapi masalah pakaian ketika membuat
persembahan.
Pelantun lagu Piece Of Me itu ternyata
bersikap profesional walaupun bajunya terbuka ketika mendendangkan lagu
berjudul 3 pada Jumaat lepas di Las Vegas.
Penyanyi berusia 33 tahun itu tetap memberikan
persembahan terbaik walaupun bajunya yang seksi itu terbuka dengan tiba-tiba di
bahagian belakang.
Penari lelaki yang mengirinya ketika itu juga
kelihatan mencuba sedaya upaya untuk membetulkan pakaian penyanyi itu namun
tidak berjaya.
Apa yang pasti, masalah baju yang dihadapi itu
tidak menghalangnya untuk teruskan persembahan dan berikan yang terbaik kepada
peminat. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
0 Response to "VIDEO BAJU BRITNEY SPEARS TERBUKA SEMASA BUAT PERSEMBAHAN"
Post a Comment