SIAPA tidak mengenali vokalis band terkenal Maroon
5, Adam Levine kan..
Dengan kemerduan suara dan rupa paras kacaknya itu,
Adam berjaya menggetarkan perasaan setiap wanita di seluruh dunia.
Bukan hanya wanita dan gadis je tau yang ada hati
dengan Adam sebaliknya kanak-kanak kecil berusia tiga tahun ini juga tidak
terkecuali ‘jatuh cinta’ dengan penyanyi berusia 36 tahun itu.
Lihat sahajalah aksi spontan Mila yang menangis dan
menjerit ke arah ibunya, tatkala diberitahu bahawa Adam sudah pun
berkahwin.
Susulan video comel itu, hos program bual bicara
The Ellen Show, Ellen DeGeneres telah menjemput Mia dan ibunya hadir ke
rancangan kelolaannya itu.
Ellen turut memberikan kejutan buat Mila dengan
membawakan Adam secara live di hadapan Mia yang menantikan peluang
untuk bertemu dengan ‘boyfriend’nya itu.
Apa-apa pun memang comel aksi patah hati Mia yang
mampu menggeletek hati sesiapa pun yang melihat videonya itu. –
MYNEWSHUB.CC
0 Response to "VIDEO COMEL AKSI PATAH HATI BUDAK PEREMPUAN BILA TAHU ADAM LEVINE SUDAH BERKAHWIN"
Post a Comment