MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia telah menggemparkan bandaraya Melbourne selepas dikatakan telah mengamuk di sebuah restoran yang juga merupakan milik rakyat Malaysia di sini.
Rakyat Malaysia mengamuk di Australia, mengaku Utusan Tuhan |
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan dikatakan telah bertengkar dengan pekerja restoran berkenaan sebelum mengamuk dengan memegang pisau dan garpu.
Menurut pemilik restoran Little Ipoh, Mohamed Mokhtar Mohd Ghani, 50, berkata, ketika kejadian dia ebrada di dapur sebelum terdengar keadaan bising di dalam restorannya.
“Lelaki itu mengaku utusan Tuhan dan meminta kakitangan serta pelanggan mengikut ajarannya."
"Lelaki yang dikenali sebagai Panjang, memarahi pelanggan dalam restoran sebelum mencederakan dirinya sendiri.
"Dia yang mengalami kecederaan di tangan tiba-tiba meluahkan masalah peribadinya mengenai teman wanita termasuk menghadapi masalah berkaitan dengan visa," katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1:00 petang waktu tempatan, lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20 an telah mengurung dirinya di dalam restoran berkenaan selama kira-kira 2 jam sebelum berjaya diberkas pihak polis Australia.
Memetik laporan Daily Mail, suspek telah menerpa ke arah polis ambil memegang senjata menyebabkan pihak polis terpaksa menyembur serbuk lada menyebabkan lelaki berkenaan masuk kembali ke dalam restoran dan naik ketingkat atas.
Pihak polis daripada pasukan khas kemudainnya cuba memujuk lelaki berkenaan melalui tingkap yan sudah dipecahkan lelaki berkenaan tetapi dia telah melempar barang-barang ke arah polis seperti epal, limau dan telefon bimbit.
Dia kemudian memegang telefon bimbitnya dan merakam selfie sebelum keluar dari bangunan itu selepas jam 3 petang dengan tangan ke atas, menyerah diri kepada polis.
Isteri kepada pemilik restoran, Raja Yasmin berkata, lelaki berkenaan pernah datang ke restorannya beberapa kali.
“Saya tahu dia rakyat Malaysia tetapi tidak tahu namanya. Hanya tahu nama gelarannya Panjang kerana dia tinggi,” katanya.
Raja Yasmin, 44, dari Ipoh, berkata dalam perbualan mereka sebelum ini, Panjang pernah bekerja di Queensland tetapi kini menganggur dan ketiadaan wang.
“Dia kelihatan tertekan dan saya menggalakkan dia mencari kerja,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu menjadi agresif ketika datang ke restorannya hari ini.
“Dia beritahu pengurus dia lapar dan mahu makan tetapi tiada wang. Pengurus saya berasakan ada yang tidak kena, berkata akan membawa makanan kepadanya secara percuma,” katanya.
Menurutnya, pengurus itu memberitahunya lelaki berkenaan bercakap seorang diri dan mundar-mandir dalam restoran.
“Dia bertanya perkara pelik kepada pengurus itu sambil menjerit-jerit sebelum mengugutnya dengan garpu untuk membunuhnya jika pengurus itu menghubungi polis.
“Syukur dia sempat melepaskan diri dan menghubungi polis. Suami saya serta pekerja lain segera keluar dari restoran,” kata Raja Yasmin.
Menurutnya, kerosakan dalam restorannya akan teruk kerana lelaki itu merentap kamera CCTV, memecahkan komputer, gelas dan jar. Dia juga mengambil wang dari kaunter dan mencampaknya keluar melalu tingkap.
“Telefon yang digunakannya itu milik kami sebelum dicampaknya keluar. Saya kasihan dan bersimpati dengannya,” katanya.
Saksikan video di bawah:
0 Response to "(Video & Foto) Rakyat Malaysia mengamuk di Australia, mengaku Utusan Tuhan"
Post a Comment