
Kuala Terengganu: "Jangan buat kerja gini dik. Jadi pengajarang (pengajaran) buat adik hari ni," kata pemilik spa kepada lelaki yang meragut beg tangannya mengandungi wang RM15,000 serta barang kemas ibunya di sini, hari ini.
Kejadian
kira-kira 4.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Tun Mardiyah Bilal Muda, 43,
dari Taman Medan Jaya, Rusila, Marang sedang menunggu rakan berhampiran stesen
minyak di Jalan Sultan Ismail, di sini.
Namun
beg tangannya diperoleh semula dengan bantuan dua pemuda yang menyaksikan
kejadian itu.
Tun
Mardiyah berkata, selepas lima minit berada di kawasan berkenaan, dia dihampiri
lelaki tidak dikenali yang terus menarik beg tangan sebelum melarikan diri ke
kawasan perumahan berhampiran dengan motosikal merah.
"Kebetulan
kejadian itu disaksikan dua lelaki yang kemudian pantas mengejar lelaki terbabit
sebelum menahannya di kawasan perumahan berkenaan," katanya kepada Harian
Metro.
Suspek
yang dipercayai bekerja di hotel di negeri ini dan berusia lingkungan 20-an,
kemudian diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit
selepas kejadian.
0 Response to "VIDEO - Peragut Ditangkap Dan Dinasihati Mangsa Di Kuala Terengganu"
Post a Comment