Kecoh
seketika industri hiburan tanah air apabila Zamani Slam baru-baru ini didakwa
melarikan diri daripada pusat pemulihan Pengasih. Bagaimanapun, menurut penyanyi
itu sendiri dalam satu sidang media yang diadakan, tempoh untuk berada di pusat
pemulihan tersebut sudah pun tamat.
“Saya
bukan melarikan diri sebaliknya mengambil keputusan untuk keluar dan yakin mampu
untuk hidup sendiri selain ingin meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. Tiada isu
tentang melarikan diri kerana tempoh saya di sini hanya enam bulan tetapi saya
teruskan hingga lapan bulan dan perbincangan untuk keluar sudah dibuat dua
minggu lalu antara keluarga saya dan pihak Rumah Pengasih”
“Namun
sehingga sekarang mereka tidak ada jawapan untuk beri pelepasan kepada saya.
Pada perbincangan itu juga mereka berat untuk melepaskan saya keluar dari pusat
ini. Saya buat laporan polis pada pukul 3 pagi di Muar. Saya buat laporan bukan
kerana saya tahu tentang laporan akhbar bahawa saya melarikan diri sebaliknya
sebagai memberitahu saya sudah keluar dari pusat itu”
Terdahulu pada 6 Mei lalu, Mahkamah Majistret Ampang
menjatuhi hukuman denda masing-masing sebanyak RM5,500 terhadap Zamani dan
pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani, 32, selepas kedua-dua mereka
mengaku salah atas tuduhan memiliki dan mengambil dadah.(rtky/s)“Saya akan berusaha untuk
menjaga diri saya di dunia luar dengan bantuan dan pengawasan daripada pihak
keluarga serta pengurusan saya,” jelasnya kepada mStar Online sekaligus memberi gambaran
sebenar kejadian yang terjadi baru-baru ini.
0 Response to ""ZAMANI SLAM: SAYA YAKIN, MAMPU HIDUP SENDIRI""
Post a Comment