SEBELUM ini aktor Kamal Adli
pernah dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan percintaan pasangan
pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong terputus di tengah jalan.
Namun, Kamal menafikan dakwaan
tersebut walaupun mengakui sedang mengenali rapat pelakon wanita kacukan
Melayu-Scotland itu.
Kini, tersebar pula khabar
angin mengatakan Zizan telah meletakkan syarat yang dirinya enggan digandingkan
dengan Kamal menerusi mana-mana naskhah filem mahupun drama.
Menerusi kolum Kak Pora dalam
akhbar sisipan Berita Harian B*Pop, dikatakan ada penerbit mendakwa pelawak itu
sudah meletakkan syarat enggan terlibat sama sekiranya Kamal turut serta dalam
sesuatu penerbitan.
Mungkin ini merupakan
cakap-cakap orang sahaja, tapi kalau tiada angin masakan pokok
bergoyang.
Bagaimanapun, rasanya Zizan
pun dah cukup masak dengan asam garam anak seni yang tidak dapat lari daripada
kontroversi sepanjang kariernya dalam bidang ini.
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Zizan Letak Syarat Enggan Bergandingan Dengan Kamal Adli?"
Post a Comment