NAMPAKNYA ‘persengketaan’ di antara pengarah popular, Michael Ang dan pengetua Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Edry Abd Halim akhirnya terlerai selepas kedua-duanya dilihat sudah boleh bergambar bersama dalam sebuah majlis yang dihadiri, baru-baru ini.
Michael
Ang berkongsi foto terbaharunya itu bersama Edry di laman Instagram.
Menulis
kapsyen, “Tammat, move on, Gegar Vaganza next!” bagai menggambarkan
yang kedua-duanya sudah pun move on daripada ‘pergaduhan’ yang tercetus minggu
lalu.
Kontroversi
tercetus antara mereka selepas status Michael di laman Twitter mempertikaikan
kemenangan Sufi sebagai Juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) memandangkan Sufi
bukanlah calon finalis kegemaran pengarah tersebut.
Mengulas
mengenai status Michael, Edry mengatakan dia tidak mahu ambil pusing pendapat
orang yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dalam bidang muzik dan menekankan
yang dia tidak mengenali siapa Michael Ang.
Ha,
baguslah dah berbaik, dunia seni tempatan ini kecil je, pusing-pusing jumpa
orang yang sama juga.
Tak
guna bermasam muka atas sebab remeh temeh yang boleh diselesaikan. Lebih baik
saling melupakan apa yang berlaku di antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Michael Ang, Edry Abd Halim Tamat ‘Persengketaan’"
Post a Comment